24 June 2009

KELUARGA HABUNA BERIADAH

Seperti biasa 2 - 3 kali sebulan keluarga Habuna akan beriadah dengan kawan kawan se Jemaah (JIM). Kebiasaannya kami akan beriadah di Mengkuang Dam. Disana kami akan berkumpul dan berjogging atau berjalan jalan sambil berbual bual dan berbincang akan aktiviti yang akan dan sedang dijalankan.
Banyak pengelaman dan iktibar yang dapat ketika berbincang dan berbual dengan kawan kawan se jemaah.

CATERING KENDURI KAHWIN LAGI


Alhamdullilah, satu lagi catering kenduri kahwin yang telah dikendalikan oleh Habuna Trading. Dimana kenduri telah diadakan di kuala Kangsar Perak. Seramai lebih kurang 10 orang yang membantu memasak untuk kali ini. Seperti biasa Ayam masak Rose, Daging Masak Hitam, Kerabu Pucuk Paku dan Nasi Minyak juga nasi putih telah dimasak kali ini. Makanan sampingan berupa Bihun Sop, Bubur Kacamg dan Rojak juga disajikan kepada tetamu yang datang.