28 August 2012

Majlis More Dibulan Ramdhan

 Majlis More Bulan Puasa

Seperti biasa setiap tahun kami penghuni penghuni lorong 21, 23, 25,27, 29 dan 31 akan berpakat untuk membuat jamuan makan untuk More pada bulan puasa tahun ini.

Sebulan sebelum bulan Ramadhan kami penghuni penghuni telah bermesyuarat untuk membincangkan akan Menu yang akan disediakan pada tahun ini untuk majlis More tersebuat.
Setelah Menu dan tarikh More ditetapkan, kami
 akan membuat kutipan wang sebanyak yang diperlukan untuk membeli barang barang keperluan untuk dimasak pada hari More tersebut.
Kebiasannya akulah orang yang akan membeli barang barang mentah dan bergitu juga ketua memasak dan sebagai pengarah project.
Pada hari memasak itu kami penghuni penghini akan berkerjasama untuk menyediakan masakan yang akan dihidangkan pada Majlis More yang diadakan di Masjid Taman Guar Perahu (Masjid Saidina Abu Bakan Al Sidiq).
Moga moga majlis seperti ini akan berterusan
 sehingga selama lamanya.


07 February 2012

Katter Kenduri Kahwin

Pada tanggal 23/1/2012 aku menerima tempahan untuk katter kenduri kahwin daripada kawan karibku yang tinggal Kulim. Perkahwinan anak perempuannya yang kedua pada kali ini, dulu ketika anak perempuan yang pertama aku juga yang ditempahnya untuk katter kenduri kahwin anaknya itu. Kali ini menu yang ditempah tidak banyak beza dari anak pertamanya dulu.
Menunya adalah seperti berikut:
1. Nasi Putih dan Nasi Minyak
2. Ayam Goreng Berempah
3. Daging Masak Hitam
4. Dalca Tulang dan Daging.
5. Buah buahan
6. Bihun Sop Ayam
7. Pengat Pisang (Sponcer)
8. Air Orange dan Teh Tarik
Dari hari ahad tengah hari aku dan mula bersiap siap untuk uruskan semua bahan yang hendak dimasak pada petang tu. Aku mula memasak pada petang ahad 22/1/12 dan tamat pada hari isnin 23/11/12,  dengan beberapa jam saja time tidur, dengan dibantu oleh isteriku dan Anuar L25 semua selesai dimasak mengikut jadual. Cuma berlaku beberapa kejadian kecil ketika katter kali ini seperti kelambatan penghataran barang barang yang telah dimasak kerumah kenduri serta kelewatan unuk topup lauk dimeja Buffet, ini semua berlaku kerana kekurangan pekerja apabila beberapa orang pekerja tidak hadir. Walaubagaimana pun bagi pihak katterer saya meminta beribu kemaafan diatas kepincangan yang tidak dapat dielakkan. Semuga jangan serik untuk membuat tempahan pada lain waktu. Terima kasih kawan ku.