27 January 2011

Hari Keluarga Habuna 2010

Pada tanggal 19/12/2010 dan 20/12/2010 sekali lagi keluarga habuna telah mengadakan Hari Keluarga Habuna. Pada kali ini hari keluarga dibuat pada hari ahad dan isnin ini kerana permintaan semua adik beradik untuk mengadakan pada hari ahad dan isnin kerana pada hari hari lain semuanya sibuk.
Program bermula dengan pendaftaran pada sebelah pagi ahad dan dimulakan dengan jamuan sarapan pagi yang telah disponcer oleh habuna 7 dan habuna 10. Acara pertama yang dijalankan ialah upacara mencari gula gula dalam tepong, ini adalah upacara kanak kanak. Habis semua anak anak saudara menyertai upacara ini, riang gembira semua dengan muka yang berlumuran dengan tepong. Selepas upacara mencari gula gula dalam tepong, acara tuju bola dimulakan dengan berkumpulan, ini juga upacara kanak kanak. seronok melihat anak anak saudara yang spoting untuk menyertai program program yang telah dirancang.
Pada sebelah malam sebelum Magrib semua keluarga Habuna diarahkan untuk pergi ke Masjid kampung kerana menghadiri program Cerama agama yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah Khairi yang dijemput Khas daripada Pulau Pinang. Selama hampir 2 jam ceramah Ustaz Abdullah Khairi dan diakhiri dengan jamuan makan yang diSponcer oleh Keluarga Habuna untuk para tetamu dan penceramah pada malam itu. Sessi ceramah selesai sehingga jam 11 malam, kami semua balik semula kerumah kerana berikutnya ada Game menanti. Pada jam 12am game seterusnya bermula iaitu game "Membina Menara Telor" yang diperbuat dari kertas suratkhabar. Sebanyak 12 kumpulan yang mengikut Keluarga Habuna masing masing menyertai game tersebut, berbagai macam rekaan dan bentuk bangunan yang direka dan dibena untuk menampung sebiji telur dikemuncaknya. Masing masing dengan daya karitiviti sendiri membina dan mendirikan menara telur tersebut. Markah dikira mengikut ketinggian menara, kekuatan dan pengunaan kertas yang sedikit.
Bersambung.....