24 July 2010

Perlancaran IKRAM

Salam,
 Pada tanggal 20/6/2010 berlangsongnya pelancaran IKRAM di The Mail Kuala Lumpur. Aku sekeluarga dengan anak anak cuma Khairi je yang tak ikut serta menaiki bas rombongan ke Kuala Lumpur untuk mengikut serta pelancaran IKRAM.
Kami sampai di R&R Sungai Buluh Jam 4 pagi, masih awal lagi nak mandi jadi sempat lagi charge beteri di Surau R & R Sungai Buluh tu. Jam hapir pukuk 5:20am bangun sembahyang Tahajut dan menunggu sembahyang Subuh. Selesai sembahyang subuh pergi mandi, jenuh Q juga almaklum le ramai, kami dari penang 4 biji bas tak termasuk bas bas dan kereta kereta lain yang singgah untuk tujuan rihat dan rawat. Selesai mandi kami makan makanan yang kami beli di R & R Tapah tadi, Selepas makan kami berangkat ke The Mail kalau tak silap 
kawasan Pucung.



Kami sampai agak awal dan disambut dengan mesra oleh para penyambut tertamu dan kami pilih tempat duduk yang sesuai bagi kami.
Jam 9 pagi para hadiran mula berpusu pusu masuk kedalam dewan untuk menyertai program pelancaran IKRAM. Program mula jam 9:30am dan tamat kira kira jam 2:00 petang.
Ramai sahabat sahabat lama ditemui di program ini seperti, Rahime, Azim dan banyak lagi tak berapa ingat nama nama mereka. Kami sempat makan dengan sahabat sahabat lama dan baru. Seronoknya suasana bergini kalau boleh biarlah selalu berlaku bergini.

Hidup IKRAM!!!!!!

PRK Kuala Selangor

                                                      Salam,
Malam sabtu setelah selesai dari berniaga di pasar malam aku, isteri dan anak anak ku , Azua, Syafiqah dan Ain berangkat ke Kuala Selangor untuk mengikuti perkembangan PRK Kuala Selangor dengan mata sendiri. Kami sampai seawal jam 4 pagi dimana suasana ditempat mengundi masih lagi sunyi tapi di perkarangan dan di dalam Masjid penuh sesak dengan penyokong penyokong yang sampai lagi awal dan berihat di sekitar dan diperkarangan masjid.
Selesai bersembahyang subuh di Masjid dam diikut dengan Taskirah yang disampaikan oleh ustaz yang diundang kami sekeluarga mula 
                                                      ronda ronda melihat sekeliling kawasan pilihan raya.
 Agak ramai juga orang yang dikenali jumpa disini, meraka pun seperti aku juga melilau ronda ronda. Apabila lapar singgah makan digerai gerai yang tumbuh ketika masa PRK. Sedap ke tak sedap lain cerita janji perut kenyang dan boleh sambung ronda ronda. Habis juga minyak petrol satu tangki dek ronda ronda.
 Jam hapir jam 12 t/h, aku sekeluarga tak mandi lagi sejak sampai jam 4 pagi tadi. Pagi tadi nak mandi kat masjid tu terlalu ramai orang, tak sempat cuma sempat sembahyang subuh saja. Kali ni kami singgah kat masjid lain tak beramai sangat orang, Lepas mandi dan sembahyang 
                                                     Jamak dan Qasar (Zhor dan 
 Asar) sempat sembahyang mayat kebetulan ada orang meninggal, kami ronda lagi. Singgah makan T/hari, lepas tu ronda lagi. Jam hampir 4 petang, aku kena balik awal sikit kerana esok (isnin) anak anak aku kena kesekolah. Suasan ditempat PRK pun dah tak berapa ramai orang, aku pun mula berangkat menuju jalan pulang dengan harapan dan doa PRK Kuala Selangor kali ini dimiliki oleh PR.

18 April 2010

Usrah di Pekarangan rumah ku

                                                                                    Salam,
Kumpulan Usrah Taman Guar Perahu telah mengadakan program usrah mereka di pekarangan rumah ku baru baru ini. Dah lama mereka ni minta diadakan usrah di sini tapi memandangkan hari yang mereka cadangkan tu tak bersuaian dengan hari aku. Maklumlah hari rabu malam ada hari hari yang aku menjalankan perniagaanku di Pasar Malam. Tapi dek kerana kerap kali mereka meminta untuk diadakan juga, aku pun beralah dan setuju supaya kumpulan usrah itu mengadakan usrah mereka dipekarangan rumahku ini.


Keluarga Habuna jogging


Agak lama tak berjogging, mungkin sibuk dengan urusan kerja yang tak habis habis. Pada hujung minggu ni kami sekeluarga sempat berjogging di Mengkuang Dam.