28 August 2012

Majlis More Dibulan Ramdhan

 Majlis More Bulan Puasa

Seperti biasa setiap tahun kami penghuni penghuni lorong 21, 23, 25,27, 29 dan 31 akan berpakat untuk membuat jamuan makan untuk More pada bulan puasa tahun ini.

Sebulan sebelum bulan Ramadhan kami penghuni penghuni telah bermesyuarat untuk membincangkan akan Menu yang akan disediakan pada tahun ini untuk majlis More tersebuat.
Setelah Menu dan tarikh More ditetapkan, kami
 akan membuat kutipan wang sebanyak yang diperlukan untuk membeli barang barang keperluan untuk dimasak pada hari More tersebut.
Kebiasannya akulah orang yang akan membeli barang barang mentah dan bergitu juga ketua memasak dan sebagai pengarah project.
Pada hari memasak itu kami penghuni penghini akan berkerjasama untuk menyediakan masakan yang akan dihidangkan pada Majlis More yang diadakan di Masjid Taman Guar Perahu (Masjid Saidina Abu Bakan Al Sidiq).
Moga moga majlis seperti ini akan berterusan
 sehingga selama lamanya.


07 February 2012

Katter Kenduri Kahwin

Pada tanggal 23/1/2012 aku menerima tempahan untuk katter kenduri kahwin daripada kawan karibku yang tinggal Kulim. Perkahwinan anak perempuannya yang kedua pada kali ini, dulu ketika anak perempuan yang pertama aku juga yang ditempahnya untuk katter kenduri kahwin anaknya itu. Kali ini menu yang ditempah tidak banyak beza dari anak pertamanya dulu.
Menunya adalah seperti berikut:
1. Nasi Putih dan Nasi Minyak
2. Ayam Goreng Berempah
3. Daging Masak Hitam
4. Dalca Tulang dan Daging.
5. Buah buahan
6. Bihun Sop Ayam
7. Pengat Pisang (Sponcer)
8. Air Orange dan Teh Tarik
Dari hari ahad tengah hari aku dan mula bersiap siap untuk uruskan semua bahan yang hendak dimasak pada petang tu. Aku mula memasak pada petang ahad 22/1/12 dan tamat pada hari isnin 23/11/12,  dengan beberapa jam saja time tidur, dengan dibantu oleh isteriku dan Anuar L25 semua selesai dimasak mengikut jadual. Cuma berlaku beberapa kejadian kecil ketika katter kali ini seperti kelambatan penghataran barang barang yang telah dimasak kerumah kenduri serta kelewatan unuk topup lauk dimeja Buffet, ini semua berlaku kerana kekurangan pekerja apabila beberapa orang pekerja tidak hadir. Walaubagaimana pun bagi pihak katterer saya meminta beribu kemaafan diatas kepincangan yang tidak dapat dielakkan. Semuga jangan serik untuk membuat tempahan pada lain waktu. Terima kasih kawan ku.

27 January 2011

Hari Keluarga Habuna 2010

Pada tanggal 19/12/2010 dan 20/12/2010 sekali lagi keluarga habuna telah mengadakan Hari Keluarga Habuna. Pada kali ini hari keluarga dibuat pada hari ahad dan isnin ini kerana permintaan semua adik beradik untuk mengadakan pada hari ahad dan isnin kerana pada hari hari lain semuanya sibuk.
Program bermula dengan pendaftaran pada sebelah pagi ahad dan dimulakan dengan jamuan sarapan pagi yang telah disponcer oleh habuna 7 dan habuna 10. Acara pertama yang dijalankan ialah upacara mencari gula gula dalam tepong, ini adalah upacara kanak kanak. Habis semua anak anak saudara menyertai upacara ini, riang gembira semua dengan muka yang berlumuran dengan tepong. Selepas upacara mencari gula gula dalam tepong, acara tuju bola dimulakan dengan berkumpulan, ini juga upacara kanak kanak. seronok melihat anak anak saudara yang spoting untuk menyertai program program yang telah dirancang.
Pada sebelah malam sebelum Magrib semua keluarga Habuna diarahkan untuk pergi ke Masjid kampung kerana menghadiri program Cerama agama yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah Khairi yang dijemput Khas daripada Pulau Pinang. Selama hampir 2 jam ceramah Ustaz Abdullah Khairi dan diakhiri dengan jamuan makan yang diSponcer oleh Keluarga Habuna untuk para tetamu dan penceramah pada malam itu. Sessi ceramah selesai sehingga jam 11 malam, kami semua balik semula kerumah kerana berikutnya ada Game menanti. Pada jam 12am game seterusnya bermula iaitu game "Membina Menara Telor" yang diperbuat dari kertas suratkhabar. Sebanyak 12 kumpulan yang mengikut Keluarga Habuna masing masing menyertai game tersebut, berbagai macam rekaan dan bentuk bangunan yang direka dan dibena untuk menampung sebiji telur dikemuncaknya. Masing masing dengan daya karitiviti sendiri membina dan mendirikan menara telur tersebut. Markah dikira mengikut ketinggian menara, kekuatan dan pengunaan kertas yang sedikit.
Bersambung.....

24 July 2010

Perlancaran IKRAM

Salam,
 Pada tanggal 20/6/2010 berlangsongnya pelancaran IKRAM di The Mail Kuala Lumpur. Aku sekeluarga dengan anak anak cuma Khairi je yang tak ikut serta menaiki bas rombongan ke Kuala Lumpur untuk mengikut serta pelancaran IKRAM.
Kami sampai di R&R Sungai Buluh Jam 4 pagi, masih awal lagi nak mandi jadi sempat lagi charge beteri di Surau R & R Sungai Buluh tu. Jam hapir pukuk 5:20am bangun sembahyang Tahajut dan menunggu sembahyang Subuh. Selesai sembahyang subuh pergi mandi, jenuh Q juga almaklum le ramai, kami dari penang 4 biji bas tak termasuk bas bas dan kereta kereta lain yang singgah untuk tujuan rihat dan rawat. Selesai mandi kami makan makanan yang kami beli di R & R Tapah tadi, Selepas makan kami berangkat ke The Mail kalau tak silap 
kawasan Pucung.



Kami sampai agak awal dan disambut dengan mesra oleh para penyambut tertamu dan kami pilih tempat duduk yang sesuai bagi kami.
Jam 9 pagi para hadiran mula berpusu pusu masuk kedalam dewan untuk menyertai program pelancaran IKRAM. Program mula jam 9:30am dan tamat kira kira jam 2:00 petang.
Ramai sahabat sahabat lama ditemui di program ini seperti, Rahime, Azim dan banyak lagi tak berapa ingat nama nama mereka. Kami sempat makan dengan sahabat sahabat lama dan baru. Seronoknya suasana bergini kalau boleh biarlah selalu berlaku bergini.

Hidup IKRAM!!!!!!

PRK Kuala Selangor

                                                      Salam,
Malam sabtu setelah selesai dari berniaga di pasar malam aku, isteri dan anak anak ku , Azua, Syafiqah dan Ain berangkat ke Kuala Selangor untuk mengikuti perkembangan PRK Kuala Selangor dengan mata sendiri. Kami sampai seawal jam 4 pagi dimana suasana ditempat mengundi masih lagi sunyi tapi di perkarangan dan di dalam Masjid penuh sesak dengan penyokong penyokong yang sampai lagi awal dan berihat di sekitar dan diperkarangan masjid.
Selesai bersembahyang subuh di Masjid dam diikut dengan Taskirah yang disampaikan oleh ustaz yang diundang kami sekeluarga mula 
                                                      ronda ronda melihat sekeliling kawasan pilihan raya.
 Agak ramai juga orang yang dikenali jumpa disini, meraka pun seperti aku juga melilau ronda ronda. Apabila lapar singgah makan digerai gerai yang tumbuh ketika masa PRK. Sedap ke tak sedap lain cerita janji perut kenyang dan boleh sambung ronda ronda. Habis juga minyak petrol satu tangki dek ronda ronda.
 Jam hapir jam 12 t/h, aku sekeluarga tak mandi lagi sejak sampai jam 4 pagi tadi. Pagi tadi nak mandi kat masjid tu terlalu ramai orang, tak sempat cuma sempat sembahyang subuh saja. Kali ni kami singgah kat masjid lain tak beramai sangat orang, Lepas mandi dan sembahyang 
                                                     Jamak dan Qasar (Zhor dan 
 Asar) sempat sembahyang mayat kebetulan ada orang meninggal, kami ronda lagi. Singgah makan T/hari, lepas tu ronda lagi. Jam hampir 4 petang, aku kena balik awal sikit kerana esok (isnin) anak anak aku kena kesekolah. Suasan ditempat PRK pun dah tak berapa ramai orang, aku pun mula berangkat menuju jalan pulang dengan harapan dan doa PRK Kuala Selangor kali ini dimiliki oleh PR.

18 April 2010

Usrah di Pekarangan rumah ku

                                                                                    Salam,
Kumpulan Usrah Taman Guar Perahu telah mengadakan program usrah mereka di pekarangan rumah ku baru baru ini. Dah lama mereka ni minta diadakan usrah di sini tapi memandangkan hari yang mereka cadangkan tu tak bersuaian dengan hari aku. Maklumlah hari rabu malam ada hari hari yang aku menjalankan perniagaanku di Pasar Malam. Tapi dek kerana kerap kali mereka meminta untuk diadakan juga, aku pun beralah dan setuju supaya kumpulan usrah itu mengadakan usrah mereka dipekarangan rumahku ini.


Keluarga Habuna jogging


Agak lama tak berjogging, mungkin sibuk dengan urusan kerja yang tak habis habis. Pada hujung minggu ni kami sekeluarga sempat berjogging di Mengkuang Dam.

01 December 2009

PATT NOV '09


Salam,

PATT (Pagi Ahad Tak Tidur) pada bulan Nov 2009 telah diadakan pada 29/10/2009 di Mengkuang Dam, pada kali ini ramai juga keluarga keluarga JIM SPT yang hadir untuk mengikuti program Jogging. Seperti biasa keluarga Rusli Hashim (YDP), keluarga Hj. Atan (Bendahari), keluarga Mad Isa (Biro Ekonomi) dan keluarga aku sendiri (Ajk Kebajikan) telah turun padang untuk mengikuti program jogging yang kecap kali diadakan di Mengkuang Dam. Selepas penat berjogging kami akan berkumpul dan menjamu selera dengan jaudah yang kami bawa. Sambil berjamu selera kami berbincang bincang apa apa program yang akan datang dan yang telah lepas. Disinilah kami akan berkumpul dan menafaatkan waktu yang ada untuk merapatkan tali bersahabatan yang telah lama terjalin.

10 October 2009

Baraan Shawal 2009

Baraan shawal kali ini telah dikendalikan oleh Ustaz Rozee dengan bergitu baik dan tersusun dengan agak kemas dengan masa yang agak tepat dan padat, Sejumlah sembilan buah rumah sahabat sahabat telah dikunjungi dan semua rumah telah menyediakan makanan dan minuman yang tidak kurang hebatnya.

Rumah Terbuka Hari Raya Puasa


Pada Hari Raya ke 2 telah diadakan rumah terbuka untuk Gebenor Pulau Pinang bertempat  di Padang Awam Taman Guar Perahu. Rumah Terbuka seawal jam 11pagi hingga ke 4 petang. Rumah terbuka ini telah dihadiri oleh berbagai bagai lapisan masyarakat yang berbilang kaum, bangsa, agama dan juga politik.