24 July 2010

PRK Kuala Selangor

                                                      Salam,
Malam sabtu setelah selesai dari berniaga di pasar malam aku, isteri dan anak anak ku , Azua, Syafiqah dan Ain berangkat ke Kuala Selangor untuk mengikuti perkembangan PRK Kuala Selangor dengan mata sendiri. Kami sampai seawal jam 4 pagi dimana suasana ditempat mengundi masih lagi sunyi tapi di perkarangan dan di dalam Masjid penuh sesak dengan penyokong penyokong yang sampai lagi awal dan berihat di sekitar dan diperkarangan masjid.
Selesai bersembahyang subuh di Masjid dam diikut dengan Taskirah yang disampaikan oleh ustaz yang diundang kami sekeluarga mula 
                                                      ronda ronda melihat sekeliling kawasan pilihan raya.
 Agak ramai juga orang yang dikenali jumpa disini, meraka pun seperti aku juga melilau ronda ronda. Apabila lapar singgah makan digerai gerai yang tumbuh ketika masa PRK. Sedap ke tak sedap lain cerita janji perut kenyang dan boleh sambung ronda ronda. Habis juga minyak petrol satu tangki dek ronda ronda.
 Jam hapir jam 12 t/h, aku sekeluarga tak mandi lagi sejak sampai jam 4 pagi tadi. Pagi tadi nak mandi kat masjid tu terlalu ramai orang, tak sempat cuma sempat sembahyang subuh saja. Kali ni kami singgah kat masjid lain tak beramai sangat orang, Lepas mandi dan sembahyang 
                                                     Jamak dan Qasar (Zhor dan 
 Asar) sempat sembahyang mayat kebetulan ada orang meninggal, kami ronda lagi. Singgah makan T/hari, lepas tu ronda lagi. Jam hampir 4 petang, aku kena balik awal sikit kerana esok (isnin) anak anak aku kena kesekolah. Suasan ditempat PRK pun dah tak berapa ramai orang, aku pun mula berangkat menuju jalan pulang dengan harapan dan doa PRK Kuala Selangor kali ini dimiliki oleh PR.

No comments:

Post a Comment