07 February 2012

Katter Kenduri Kahwin

Pada tanggal 23/1/2012 aku menerima tempahan untuk katter kenduri kahwin daripada kawan karibku yang tinggal Kulim. Perkahwinan anak perempuannya yang kedua pada kali ini, dulu ketika anak perempuan yang pertama aku juga yang ditempahnya untuk katter kenduri kahwin anaknya itu. Kali ini menu yang ditempah tidak banyak beza dari anak pertamanya dulu.
Menunya adalah seperti berikut:
1. Nasi Putih dan Nasi Minyak
2. Ayam Goreng Berempah
3. Daging Masak Hitam
4. Dalca Tulang dan Daging.
5. Buah buahan
6. Bihun Sop Ayam
7. Pengat Pisang (Sponcer)
8. Air Orange dan Teh Tarik
Dari hari ahad tengah hari aku dan mula bersiap siap untuk uruskan semua bahan yang hendak dimasak pada petang tu. Aku mula memasak pada petang ahad 22/1/12 dan tamat pada hari isnin 23/11/12,  dengan beberapa jam saja time tidur, dengan dibantu oleh isteriku dan Anuar L25 semua selesai dimasak mengikut jadual. Cuma berlaku beberapa kejadian kecil ketika katter kali ini seperti kelambatan penghataran barang barang yang telah dimasak kerumah kenduri serta kelewatan unuk topup lauk dimeja Buffet, ini semua berlaku kerana kekurangan pekerja apabila beberapa orang pekerja tidak hadir. Walaubagaimana pun bagi pihak katterer saya meminta beribu kemaafan diatas kepincangan yang tidak dapat dielakkan. Semuga jangan serik untuk membuat tempahan pada lain waktu. Terima kasih kawan ku.

No comments:

Post a Comment