13 September 2009

Aku di Uji ke?


,


Pada hari jumaat 11/9/09 aku tak p tarawikh kerana menyantuni isteri dan anak anak aku untuk pergi ke C4 mencari dan membeli barang barang keperluan untuk menyambut Hari Raya Puasa yang semakin hampir. Anak Anak ku yang perempuan saja yang nak cari barang   barang keperluan mereka seperti kasut, tudung, baju dan lain lain barangan keperluan mereka. Sedang mereka dok pilih kasut disalah satu daripada kedai kedai yang banyak kat C4 tu, tiba tiba saja aku teringat akan mak aku yang dah agak lama aku tak hubungi, Dialah satu satu mak yamg aku ada, ayah dah lama meninggalkan kami dah hampit 20 tahun dia pergi dan tak akan kembali lagi. Aku pun call nombor h/p anak saudara aku (cucunya OKU) yang duduk sebelahan dengan rumah mak, Rumah mak tak ada Talipon kerana dia tak duduk kat rumah, dia duduk kat sekolah Pondok (mengaji)  cuma seminggu sekali dia akan balik rumah dan nak bagi H/P dia tak tahu nak guna, almaklumlah orang tua dah hampir 70 tahun umur dia. Aku memberi Salam dengan penuh rasa kasih, sedih, rindu dan bermacam lagi perasaan yang ada, dengan nada lembut, sayu dan lemah dia menjawap salam ku. Aku bertanyakan khabarnya, kesihatannya, aktiviti hariannya dan berbagai lagi soalan ku yang ku tujukan kepadanya, tanda care aku terhadapnya. Semua jawapan kepada soalan soalan yang aku ajurkan cukup menenangkan jiwa dan fikiran ku. Cuma apabila dia bertanya pulak kepada ku 
"tak balik kampung ke puasa ni?". Tersentak didalam benak ku, apakah jawapan yang paling sesuai yamg aku nak jawabkan, 
"berniaga mak, nanti hari Raya ke 2 baru balik, tu pun selepas jamuaan Hari Raya yang Keadilan buat baru boleh balik". jawapku untuk menenangkan hati ku. 
"tak apa le nak buat macam mana dah sibuk". pengakuan mak tanda faham kaadaan anaknya."Ada kat mana?" tanyanya lagi. 
"dekat C4, anak anak nak cari kasut, " "mak nak kasut macam mana, saiz apa dan warna apa?" tanyaku. 
"tak payah le, kasut dulu pun ada lagi tak berpakai" celahan mak tak mahu. 
"tak apa nanti saya beli kasut yang tak sakit kaki mak nak pakai", tambah aku untuk meyakinkannya. 
"kasut macam mana?" tanyanya. tanda setuju.
"ada le, nanti saya belikan". tambahkan keyakinannya. "tak apa le mak nanti hari raya kita jumpa, mak jaga kesihatan mak, minum banyak banyak dan tolong doa kan semua anak anak mak sihat dan selamat didunia dak akhirat. Assalamualaikum", aku mengakhiri perbualan ku,
Mak mejawap "insyakallah , waalaikummussalam" suara sayu mak.

ahh!! kasut macam mana yang nak aku cari ni, susah nak cari kasut yang sesuai dangan citarasa mak aku ni, bukan sebab cerewit tapi sebab kaadaan saiz kakinya yang kecik (saiz budak) orang nya halus je, kalau dia pakai,  kakinya tak sakit tak apa le, tapi kalau sakit dah le tu pakai tak pakai terus. Hampir 1 jam setengah aku, isteri dan anak anak aku  mencari kasut untuk mak aku tu, dan akhirnya aku temui kasut yang sebagaimana yang dijanjikan. Bukan mahal mana pun dan bukan nilai duit yang aku nak hadiahkan tapi nun di lubuk hatiku, rasa ingin berbakti sebaik mungkin untuk menyantuni orang yang telah melahirkan aku kedunia ini, orang yang telah membesarkan aku dengan air susunya dan memasak makanan menyuapkan kemulutku dengan air tangannya, meyekang biji matanya demi sakit demamku dan menitiskan air matanya mendoakan kesihatan dan kesejasteraan anak anaknya.
Ya Allah , ya Rahman ya karim, beri lah kesempatan yang ada ini, untuk aku berbakti sebaik mungkin terhadap ibu aku, berikanlah kekuatan kepada ku untuk aku mengalakkan aku mengziarahi ibuku dan aku bershukur kepada Mu ya Allah kerana aku masih ada ibu walaupu tampa ayahku. Tidak terhingga kurnian Mu ya Allah terhadap dirku, aku bershukur dan bersujud kepadaMu dan aku memohon kepada Mu ya Allah kau ampunkanlah segala dosa dosa ibu dan ayahku, dosa dosa ku, dosa dosa isteriku dan dosa dosa anak anakku dan juga ya Allah aku memohon kepada Mu ya Allah Kau tetapkan ibuku ,aku, iateriku serta keluargaku kejalan jalan yang lurus, yakani jalan jalan yang Engkau Redhai. Amin Yarabbal'alamin.

Bersambong....

2 comments:

  1. Amin semoga dimakbulkan doa pada bulan yang mulia ini. Ingatan pada ibu bapa adalah suatu yang wajib kita laksanakan. Mari kita usaha sedaya boleh untuk menziarahi mereka

    ReplyDelete
  2. kita cuba berbakti kepada mak seadanya. seikhlasnya. dan semampu boleh.

    ReplyDelete