29 September 2009

Aku di Uji ke?

Sambungan

Pagi jumaat tu aku didatangi oleh seorang pemuda yang aku kenal sangat sangat orangnya. Ia adalah merupakan pelanggan bihun sop ku, boleh dikatakan setiap hari sabtu dia akan membeli bihun sop di Pasar Malam Guar Perahu. Setiap kali dia datang untuk membeli bihun sop setiap kali tu lah dia akan mengomal gomal, mulutnya yang celupar yang selalu saja minta lebih bihun, lebih ayam dan lebih cabai tapi harga tak lebih. Isteri ku meluat bila dia datang membeli bihun sop, dia tak kira orang ramai ke, tiada orang ke mulutnya sememang macam tu. Aku buat pekak je. Jangan diikut sangat ragam dia ni, janji dia datang membeli sudah cukup bagus.


                                            Gambar sebagai Hiasan Saja

Pagi tu dia datang dengan muka yang sedih, dia menceritakan kepada ku "dari pagi tadi dia melilau, mencari sapa sapa untuk meminta bantuan untuk meminjamkan duit kepadanya, sampai sekarang tak ada orang nak pinjamkan duit kepadanya" dia berkata "anaknya dimasukkan ke Hospital dua hari lepas kerana sakit penat, hari ini anaknya  boleh keluar dan dikenakan bayaran sebanyak RM70" tampa bayaran anaknya tu tak boleh keluar dan akan ditahan di Wad. Katanya "dia tak ada duit nak bayar untuk mengeluakan anaknya dari Wad". Dia meminta pinjamkan duit sebanyak RM70 dan akan dikembalikan setelah mendapat gaji pada 15/9/2009. Aku merasa sansi dengan ceritanya, tak berapa yakin dan tak percaya dengan cerita dan aduannya. Tapi disudut hatiku, aku terasa bersalah juga kalau kalau cerita yang diadukan kepada ku tu betul betul terjadi, kesian juga aku dengan anaknya. Dia menambah "abang kalau tak boleh bagi RM70 tak apa abang boleh bagi RM50 pun jadi le". Aku jadi serba salah, nak aku bagi ada ke betul ceritanya ni, tak aku bagi nanti kesian pulak anaknya ditahan kat Wad. Aku pun serba salah juga, hari ini aku kena bayar gaji pekerja, isteri dan anak anak ajak p beli barang barang keperluan mereka, malam sat nanti selepas magrib, Si budak ni pulak perlu duit untuk anaknya keluar dari Wad. Fikiran ku bertambah serabut.

Aku berbincang dengan isteri ku tentang masaalah budak ni, akan kebenaran ceritanya, kesahihan ceritanya dan kesansian dibenakku, keraguan, kekeliruan dan tak sedap hatiku terhadap ceritanya, apa tah lagi dipagi hari jumaat pulak tu, memang pantang bapa saudara ku orang datang nak pijam duit pada pagi hari jumaat. "Pantang datuk neneknya". Setelah selesai aku dan interi berbincang tentang buruk baiknya maka kami membuat keputusan untuk membantuya. Aku pun mengambil duit RM50 dan memberikan kepadanya sambil berkata "Adik ambil duit ni tanda bantuan iklas dari kami, adik tak perlu tergesa gesa nak bayar pada 15/9/2009, bila bila adik senang adik bayar le"

Dia pun menyambut duit tu sambil berkata "terima kasih abang, nanti bila saya dapat gaji saya bayar balik, nasib baik ada abang kalau tidak saya pun tak tahu kepada sapa nak mengadu lagi" kata ku pula "tak apa adik, p le buat kerja adik tu, bawa keluar le anak dari Wad tu. Rari Raya pun dah nak dekat, p le, p le" kataku lagi. Dia pun terus pergi tampa menanbah kata kata. Setelah budak tu pergi dihati ku berkata 'ya Allah, Engkau saja yang Maha mengetahui akan segala kebenaran kalau ini adalah ujian bagi ku, aku terima dengan keredhaan Mu ya Allah, hanya kepadamu aku memohon agar menenangkan hatiku dari gundah gulana, bersangka buruk dan takut akan kemiskinan, kerugian dan kepapaan, aku memohom keampunan dari Mu ya Allah, Kau ampuni segala dosaku ya Allah' Amin!.

Petang tu aku berniaga seperti biasa di Pasar Ramadhan, Alhamdulillah petang tu aku mendapati jualan ku lebih daripada biasa. Sepontan tersentak dibenak ku akan kebesaran Allah Yang Maha Esa, yang memberi rezeki kepada hambanya. Tak sia sia aku membantu orang yang perlukan bantuan. Hari tu aku dapat membayar gaji pekerja, membantu budak tu dan menyantuni isteri dan anak anak ku untuk mendapatkan barangan keperluan mereka. Sekali lagi aku bershukur kepada Mu Ya Allah, aku bershukur kepada Mu Ya Allah dengan limpahan rezeki Mu kepada hambuMu ini Ya Allah. Alhamdulillah hirabbil'alamin.

No comments:

Post a Comment