30 September 2009

Rumah Terbuka Hari Raya Puasa



Pada hari rabu 23/9/2009 kami sekeluarga pergi ke Ipoh untuk menghadiri diri kerumah terbuka yang dianjurkan oleh adik saya. Ramai juga paru tetamu yang hadir meraikan majlis rumah terbuka itu, Seperti biasa bermacam macam makanan yang dihidangkan untuk para tertamu seperti Bihun Sop (wajib), Nasi ayam, Nasi Impit, kuih muih dan berbagai lagi. Sehingga jam 5:30pm baru aku dan keluarga beredar dari rumah adik ku menuju kerumah kakak ku yang berada di Ipoh juga.

Malam tu kami sekeluarga tidur di Ipoh dirumah kedua kakak saya yang berada dekat Simpang Pulai. Rumah tu tak ada siapa yang tinggal. Hanya kami sekeluarga saja malam tu tidur di rumah yang kosong penghuninya tapi penuh dengan perabutnya. Macam tidur kat hotel pulak. Keesokkan harinya kami berangkat kerumah kakak saya untuk menghadiri jamuan rumah terbuka. kami sampai kira kira jam 11:00am dan jamuan dimulakan pada jam 12:00pm, sesampai saja kami disana banyak perkara yang belum sedia lagi. Tampa buang masa saya terus membantu apa apa yang perlu. kasian juga aku tengak kakak ku, kelam kabut sikit upacara rumah terbukanya pada tahun ini. Banyak sangat jenis masakkan yang hendak dijamu kepada para tetamu, jadi tentulah banyak kerja yang hendak dibuat.
Sehingga jam 3:45pm aku berada dirumah kakak ku dan aku akan terus bergegas ke Pulau Pinang dan mesti sampai sebelum jaam 6:00pm kerana kedai yang aku beli barangan keperluan perniagaan ku akan tutup jam 6:00pm. Awal esok jam 11am ada tempahan Nasi Daging dan aku kena masak awal pagi esok. Alhamdullillah aku selamat sampai jam 5:45pm dekat kedai borong tu dan sampai dirumah jam 6:15pm. Keesokkan harinya aku menjalankan pekerjaan ku seperti biasa setelah lima hari aku bercuti kerana menyambut Hari Raya pada tahun ini.

2 comments:

  1. tokeh bihun pun open house buat bihun sup? orang, buat le bihun kari ke, bihun hailam ke, ade le kelainan sikit.

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Yop selamat hari raya maaf zahir batin (yang tak nampak, mengata-gata).

    Esok 4 Okt 09 jangan lupa baraaan Syawal kita, rumah teman dulu kemudian baru rumah mike dan seterusnya.
    Barakallah.

    ReplyDelete